26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Dera seksual murid: Bekas guru besar dipenjara 15 tahun

Mesti Baca

BEKAS guru besar sekolah yahudi ultra-ortodoks dipenjara selama 15 tahun kerana melakukan penderaan seksual terhadap dua pelajar.

Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Australia hari ini terhadap Malka Leifer, 56.

Dia juga didapati bersalah atas 18 tuduhan seksual termasuk rogol dan serangan tidak senonoh ke atas kanak-kanak berusia 16 hingga 17 tahun, pada April lalu.

Juri bagaimanapun membebaskan tertuduh daripada sembilan pertuduhan lain.

Bekas guru besar Sekolah Adass Israel itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan.

Warga Israel itu diekstradisi ke Australia dua tahun lalu, selepas dia melarikan diri ketika tuduhan terbabit mula timbul pada 2008.

Advertisements

Sementara itu, Australian Broadcasting Corp melaporkan, Hakim Mark Gamble menetapkan Malka dipenjara selama 11 tahun dan enam bulan, tanpa parol, selain mengambil kira tempoh selama 2,069 hari dia dalam tahanan.

Mangsa yang juga tiga beradik perempuan sebelum ini, mendakwa Malka mendera mereka yang ketika itu masih remaja, secara seksual di pekarangan sekolah di Melbourne, pejabat kakitangan yang berkunci, kem sekolah dan rumah tertuduh, antara 2003 hingga 2007.

Mahkamah bagaimanapun, mendapati tertuduh bersalah atas kesalahan terhadap dua daripada mangsa terbabit.

Bercakap di luar mahkamah, salah seorang pengadu mengakui bersyukur kerana mendapat pembelaan sewajarnya.

“Jangkaan kami sangat rendah kerana pelaku wanita sangat kurang dilaporkan, selain tidak mempunyai apa-apa untuk dijadikan bukti asas,” katanya. – Agensi

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan