27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Bot nelayan ditahan gajikan pekerja asing

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana disyaki menggaji dua kru warga Myanmar tanpa dokumen sah, semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, ketika kejadian kapal Maritim Malaysia sedang melaksanakan operasi penguatkuasaan di perairan Pulai Kendi sebelum mengesan bot tersebut sedang menangkap ikan dengan menggunakan pukat tunda.

“Pemeriksaan di ke atas bot mendapati empat kru termasuk tekong warga Myanmar berumur lingkungan 31 hingga 45 tahun berada di atas bot berkenaan.

Dua kru lwarga Myanmar direman selama 14 hari bagi membantu siasatan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. – Edisi9/Maritim Malaysia

“Dua kru memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala dua kru lagi warga Myanmar direman selama 14 hari bagi membantu siasatan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, bot dan dua kru ditahan dan disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

“Ini kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah.

“Bot dan hasil tangkapan ikan campur dianggarkan 500 kilogram bernilai RM1,500 ditahan serta dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung untuk tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan