25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Akaun bank milik Hamzah, isteri dibeku sejak semalam

Mesti Baca

SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin, mengesahkan akaun bank miliknya dan isteri dibekukan oleh pihak berwajib sejak semalam.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang itu mendakwa, percaya tindakan terbabit diambil kerana wujud tekanan dan campur tangan pemimpin politik dalam kerajaan.

“Pembekuan ini yang kemudian disebarkan kepada media, adalah usaha terdesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus menekan pimpinan PN yang semakin mendapat kepercayaan rakyat.

“Ia juga adalah satu taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN, terutama selepas sokongan majoriti rakyat beralih kepada PN yang memenangi 146 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Semalam media melaporkan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil tindakan membekukan akaun bank milik seorang pemimpin pembangkang dan ahli keluarganya.

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan siasatan berterusan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli politik berkenaan.

Jun lalu media melaporkan pegawai LHDN menyerbu kediaman Hamzah di Kuala Lumpur dan sejumlah fail serta dokumen berkaitan akaun dan pemilikan asetnya dikatakan disita.

Awal bulan ini, Hamzah menghantar surat tuntutan kepada kerajaan dan Azam dengan menuduh mereka menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya atas jenayah yang tidak dilakukan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan