29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Vietnam ranapkan impian Malaysia ke final

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

IMPIAN Malaysia untuk mara ke final tidak kesampaian selepas tewas 4-1 kepada juara bertahan, Vietnam dalam aksi separuh akhir kejohanan AFF Bawah 23 tahun (B-23), petang tadi.

Turun dengan misi mara ke final buat pertama kali dalam sejarah kejohanan, anak buah E. Elavarasan dikejutkan jaringan pertama Vietnam seawal minit kelapan menerusi sentuhan penyudah Dinh Xuan Tien.

Namun, skuad muda negara terus tenggelam dalam aksi di Stadium Rayong Provincial selepas itu apabila melepaskan dua lagi gol sebelum menuju ke bilik persalinan.

Nguyen Quoc Viet menggandakan jaringan pada minit ke-32 sementara gol daripada Xuan Tien seminit sebelum rehat memberikan Vietnam selesa berada 3-0 di depan.

Advertisements

Malaysia bagaimanapun cuba bangkit di babak kedua apabila penyerang, Alif Ikmalrizal Anuar meledak gol pertama negara pada minit ke-49.

Usaha skuad muda negara memburu gol tidak berhasil selepas itu dan Vietnam memastikan tiket ke final milik mereka apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-85 menerusi Nguyen Hong Phuc.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah ke final dalam tiga edisi AFF B-23 terdahulu dengan pencapaian terbaik negara adalah di kedudukan keempat pada kejohanan sulung di Thailand pada 2005.

Satu lagi aksi separuh akhir akan dilangsungkan malam ini antara Thailand dan Indonesia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan