27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Ahmad Zahid mohon Peguam Negara segerakan keputusan representasi

Mesti Baca

PASUKAN pembelaan mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon supaya Peguam Negara menyegerakan keputusan representasi bagi mengkaji 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapi timbalan perdana menteri itu.

Menurut kenyataan media oleh peguam Datuk Hisham Teh Poh Teik, Datuk Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh, keputusan representasi yang dihantar pihaknya pada 8 Disember 2022 dan 25 Januari 2023 perlu disegerakan sebelum pihaknya memanggil lebih ramai saksi dalam perbicaraan kes itu.

Memetik laporan Berita Harian, pembelaan itu berkata, jawapan diperlukan segera bagi memastikan kos dan masa dapat dijimatkan oleh kedua-dua belah pihak.

Sehingga hari ini, katanya, pihak pembelaan masih tidak menerima sebarang jawapan daripada Peguam Negara dan Ahmad Zahid juga sudah dirakamkan percakapannya sekali lagi selepas representasi dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jun lalu.

Sementara itu, pembelaan berkata, ia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memprejudiskan hak Presiden UMNO itu di dalam melaksanakan haknya dengan mengemukakan representasi itu.

Beliau berkata, mana-mana pihak tidak seharusnya menggunakan fakta representasi untuk kepentingan politik, atau menakut-nakutkan orang ramai dengan memberi sangkaan buruk terhadap representasi berkenaan.

Ia berkata, proses representasi adalah berdasarkan kepada hak anak-guam mereka mengikut proses perundangan sebagaimana yang terdapat di dalam sistem perundangan yang diamalkan di negara ini.

“Justeru, kami percaya adalah amat tidak adil untuk mana-mana pihak yang cuba campur tangan dan mempolitikkan isu ini. Tambahan pula, anak-guam kami adalah seorang yang dituduh yang kini sedang menjalankan haknya untuk mengemukakan representasi di peringkat ini.

“Ia adalah perkara biasa untuk mengemukakan representasi kepada Peguam Negara bagi mana-mana orang yang berhadapan dengan kes jenayah dan adalah menjadi hak seseorang yang dituduh untuk melakukannya.

Advertisements

“Representasi boleh dikemukakan pada bila-bila masa dan di dalam mana-mana peringkat sekiranya seseorang yang dituduh mempunyai asas yang kuat dan terdapat banyak kepincangan di dalam pertuduhan termasuk jika terdapat salah guna kuasa terhadap pendakwaan, isu siasatan, keterangan saksi dan sebagainya, kata pembelaan.

Ahmad Zahid kini dalam peringkat membela diri terhadap 47 tuduhan iaitu 12 kes pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya dan sudah memanggil 15 orang saksi untuk memberikan keterangan.

Pada prosiding April lalu, pendakwaan mengesahkan menerima representasi itu dan menyatakan pihaknya memerlukan masa lanjut kerana permohonan itu turut dikepilkan surat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bertarikh 20 Februari lalu yang menyatakan agensi itu menjalankan siasatan lanjut berhubung bukti baharu dikemukakan oleh pembelaan.

Pembelaan sementara itu berkata, antara isu diketengahkan dalam representasi termasuklah perkara di dalam perbicaraan sebelum ini dan keteranganbaharu yang diperolehi ketika pihaknya membuat persiapan sebelum dan ketika prosiding bela diri bermula.

Ia berkata, oleh kerana isu yang diketengahkan masih dikaji oleh pihak siasatan dan pendakwaan, pihaknya tidak boleh memberi butiran yang lebih spesifik terhadap isi kandungannya.

Bagaimanapun pembelaan berkata, secara amnya isu yang diketengahkan adalah mengenai terdapat pendakwaan bersifat politik di dalam kes itu oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas dan isu pelantikan peguam negara oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menuduh Ahmad Zahid.

Pembelaan berkata, ia turut membabitkan isu mengenai tuduhan dibuat kerana keengganan anak-guamnya membubarkan UMNO dan kecacatan siasatan dalam tempoh singkat (4 bulan sahaja dari tarikh siasatan bermula) akibat dari kegopohan untuk menuduhnya.

Kata pembelaan, terdapat keterangan yang kukuh bagi pihaknya mengemukakan representasi terbabit. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan