33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Ujian ini ajar erti kesabaran, kesetiaan – Nurulhidayah

Mesti Baca

ANAK sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah memanjatkan kesyukuran selepas bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Nurulhidayah menerusi akaun Instagramnya berkata, dia berharap mereka yang mengikuti kes berkenaan tidak akan diuji dengan fitnah dan pertuduhan dunia yang penuh keji.

“Semoga kita semua diberikan pengampunan dan pengakhiran kehidupan yang terbaik dan apabila kita dihidupkan di alam kubur kelak, kita ditempatkan bersama para solihin di taman-taman syurga,” luahnya.

Beliau turut menitipkan doa kepada semua agar dikurniakan perjalanan akhirat yang baik, lancar dan ke syurga tanpa hisab.

“Ujian ini mengajar erti kesabaran dan kesetiaan, dari mana asal keturunan kita, bangsa kita, kepercayaan politik kita tidak akan menentukan syurga dan neraka kita kecuali penilaian dari Dia yang Maha Adil dan Bijaksana, terima kasih Allah,” katanya.

Advertisements

Terdahulu, Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memberitahu bahawa, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi Timbalan Perdana Menteri ini, bagi menggugurkan kesemua tuduhan.

Semasa prosiding, Mohd Dusuki berkata, pihak pendakwaan ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid, 70, berdasarkan 11 alasan, mengikut peruntukan 145 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, pada 29 Januari lalu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan kepada AGC bahawa, siasatan lanjut hendaklah dibuat berhubung kes berkenaan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan