26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 12, 2024

Keputusan Mahkamah Tinggi tidak mengejutkan – Hamzah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan satu yang mengejutkan.

Beliau secara sinis berkata, kita semua harus bersyukur kepada Allah SWT kerana hari ini kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melepaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri daripada 47 pertuduhan rasuah dan pecah amanah.

“Hinggakan terdapat kenyataan yang dibuat Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang berbunyi:

“Jika terdapat pendakwaan kes di masa depan, namun tidak berhasrat untuk meneruskan kes, ia akan membazirkan masa mahkamah dan wang rakyat,”.

“Bila sahaja Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA), untuk semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram selepas Jabatan Peguam Negara menghentikan semua prosiding, walaupun wujud prima facie serta kes sudah diperingkat bela diri – ia bukan sesuatu yang mengejutkan.

Advertisements

“Cikgu mana tak sayang anak murid. Lagi-lagi kalau anak murid itu sanggup melakukan apa saja untuk cikgu, hatta menggadai prinsip perjuangan dan maruah parti. Mestilah ada timbal-balasnya,”katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut percaya dengan pelepasan Ahmad Zahid ini, pelabur akan bertambah yakin kerana terbukti pemimpin kita adalah pemimpin yang sentiasa dilindungi, lebih-lebih jika memegang tampuk kepimpinan tinggi dalam negara.

Katanya lagi, ekonomi negara juga akan berkembang lebih pesat dengan pelepasan ini dan kita perlu yakin bahawa masalah harga barang serta kenaikan kos sara hidup akan boleh diselesaikan dengan segera selepas pelepasan ini.

“Tahniah dan Syabas kepada Ahmad Zahid Hamidi,” sindir beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sijil halal: DPIM sokong tapi laksanakan secara berperingkat

DEWAN Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) menyambut baik cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Lagi Artikel Berkaitan