32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

1MDB: PDRM sita aset Jasmine Loo bernilai lebih RM93.2 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS merampas dan menyita sebahagian aset termasuk hartanah milik bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan yang keseluruhannya bernilai lebih RM93.2 juta dipercayai hasil daripada penyelewengan wang syarikat pelaburan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, antara yang dirampas atau disita ialah sebuah kondominium mewah di One Madison Park, Amerika Syarikat bernilai RM21 juta.

“Selain itu, sembilan lukisan bernilai RM8.1 juta dengan dua lukisan terkenal Pablo Picasso serta lukisan yang disimpan di Switzerland dan New York.

“Polis turut menyita jam tangan jenama Richard Milles, jam tangan Hendry Winston, 13 tas tangan pelbagai jenama, satu tas gelang tangan dan pelbagai dokumen.

“Sementara aset di Singapura, polis telah mengenal pasti dua kondominium miliknya masing-masing bernilai 1.3 juta dan 2.5 juta dolar Singapura. Kita juga kenal pasti akaun kredit di Singapura berbaki 4 juta dolar Singapura.

“Semua aset itu kini dalam simpanan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM.

Advertisements

“Nilai keseluruhan aset dan hartanah kita rampas adalah RM93.2 juta. Ini nilai semasa pembelian pada tahun 2013, jadi jumlahnya mungkin lebih tinggi sekarang ini,”katanya, lapor Astro AWANI.

Terdahulu, beliau hadir dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mengulas lanjut ujar Ayob Khan, Jasmine mengesahkan pemilikan aset dan hartanahnya di Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura dan telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk mengembalikan aset kepada 1MDB.

“Siasatan telah dibuat di bawah Seksyen 45 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.

Jasmine yang juga sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low ditahan polis pada 7 Julai lalu bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat 1MDB.

Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low, Jasmine, Casey, bekas pegawai 1MDB, Geh Choh Heng dan sekutu rapat Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan