27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Rosmah tidak bekerja, terima wang besar RM7 juta – Pendakwaan

Mesti Baca

MESKIPUN berstatus ‘tidak bekerja’ namun mempunyai sejumlah wang besar yang telah didepositkan ke akaun semasa miliknya di Affin Bank Berhad.

Itulah yang akan dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap, Datin Seri Rosmah Mansor yang melakukan kesalahan itu sebagaimana yang dipertuduhkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu, didakwa dalam kes pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketika membuat ucapan pembukaan dalam prosiding kes di hadapan Hakim, K Muniandy, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, Rosmah, 72, tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, namun masih boleh melunaskan bil telefon dan kad kredit melalui cek yang ditandatanganinya.

Jumlah yang didepositkan dalam akaun banknya, tidak seimbang dengan kemampuan tertuduh.

“Dia menggunakan khidmat seorang lelaki yang menjadi pengurus di kediamannya, di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya yang mana wang berkenaan menjadi subjek bagi pertuduhan pertama hingga ke-12 dalam kes ini,” katanya.

Katanya, bukan itu sahaja, wang berkenaan tidak pernah diisytiharkan kepada LHDN sekali gus tiada cukai pendapatan dibayar membabitkan jumlah terbabit.

Menurutnya, pasukan pendakwaan juga akan membuktikan tertuduh membuat kenyataan palsu berhubung wang itu, ketika disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Advertisements

Tertuduh didakwa melanggar Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967, yang juga kesalahan berjadual di bawah AMLATFPUAA, iaitu termasuk kes yang serius dan menyalahi undang-undang.

Rosmah hadir di mahkamah semalam, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.

Bagi pertuduhan berkaitan LHDN, dia didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018.

Isteri bekas Perdana Menteri ini didakwa gagal melakukannya seperti mana yang diperuntukkan oleh Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.

Prosiding kemudiannya diteruskan dengan pasukan pendakwaan memanggil saksi pendakwaan pertama, Penolong Pengurus Perkhidmatan ATM dan Sokongan, Affin Bank Berhad, Nor Ashikin Abdullah untuk memberi keterangan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan