27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Jabatan Peguam Negara kaji semula tuduhan terhadap Najib -Zahid

Mesti Baca

JABATAN Peguam Negara digesa mengkaji semula semua pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika memo daripada Jabatan Peguam Negara yang didakwa ditujukan kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkaitan pertuduhan ke atas Najib yang tular baru-baru ini asli, beliau yakin jabatan itu akan mengambil tindakan segera bagi menggugurkan pertuduhan berkenaan.

“Rakyat, khususnya kepimpinan dan ahli UMNO menaruh keyakinan bahawa penganiayaan yang dikenakan kepada Datuk Seri Najib atas arahan kerajaan dan pemimpin ketika itu harus dijadikan asas untuk memperlihatkan bahawa keadilan mesti diberikan keutamaan oleh pihak Jabatan Peguam Negara.

“Kami mempunyai keyakinan penuh pada kredibiliti dan kemampuan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti serta melakukan sesuatu yang lebih positif supaya Datuk Seri Najib benar-benar diberi keadilan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Jualan Desa Madani (JDM), hari ini.

Advertisements

Terdahulu, baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu dokumen yang didakwa ‘Memo Dalaman’ daripada Jabatan Peguam Negara oleh pasukan pendakwaan bagi kes International Petroleum Investment Company (IPIC), iaitu firma pelaburan Abu Dhabi, bertarikh 10 September 2019, yang menyentuh mengenai enam pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Difahamkan, isi kandungan dokumen yang tular itu berbentuk cadangan daripada pasukan pendakwaan berkenaan, yang sebulat suara mengambil pendirian bahawa enam pertuduhan yang dikenakan tidak memenuhi kehendak minimum untuk sesuatu pertuduhan pecah amanah (CBT) bagi mendapatkan kes prima facie.

Dokumen itu dikatakan ditujukan kepada Tommy, yang menjadi Peguam Negara ketika itu.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh turut mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menyiasat kesahihan dokumen berkenaan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan