26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

TikTok pantau, ambil tindakan kandungan sensitif – Fahmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PLATFORM media sosial, TikTok bersetuju memantau dan mengambil tindakan terhadap sebarang kandungan sensitif yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil berkata, persetujuan itu dinyatakan wakil penyedia platform itu dalam satu mesyuarat khas yang diadakan hari ini.

Beliau berkata, kementerian dan kerajaan mempertahan hak rakyat di negara ini untuk bebas bersuara namun kebebasan tersebut ada hadnya.

“Walau bagaimanapun, kandungan media sosial yang melanggar undang-undang Malaysia tidak boleh dibenarkan, termasuk yang menyentuh isu 3R (agama, bangsa, institusi diraja) atau mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.

Advertisements

“Melalui perbincangan tadi, TikTok setuju memberi komitmen penuh memantau dan mengambil tindakan terhadap kandungan sedemikian dengan lebih efisien, selaras dengan Garis Panduan Komuniti Tiktok sendiri,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Fahmi sendiri itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf; Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Manoj Kurup dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Salim Fateh Din.

Sementara itu, Fahmi berkata, beliau turut membangkitkan isu perbelanjaan pengiklanan yang kini dikaut oleh syarikat gergasi teknologi antarabangsa.

“Saya akan bantu memastikan industri media kekal mampan, termasuk dengan merancakkan perbincangan di antara kerajaan, industri media, dan platform media sosial,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan