33.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Kolej Thailand tubuh Kursi Ismail Sabri perkasa Bahasa Melayu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

THAI Global Business Administration Technological College (TGBC), Thailand hari ini secara rasminya menubuhkan Kursi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penubuhan kursi yang dinamakan sempena nama bekas Perdana Menteri tersebut diumumkan oleh Pengarah TGBC, Dr. Prattana Srisuk dalam satu majlis di Bangkok, hari ini.

Kursi itu secara khusus untuk memperkenalkan dan mempromosikan pengajian bahasa dan ketamadunan Melayu di kolej tersebut dan di Thailand.

Difahamkan ia merupakan Kursi pertama di institut pengajian tinggi di Thailand yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan dan Bahasa Melayu.

Sementara itu, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada TGBC kerana mengiktiraf usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu di rantau ini.

Advertisements

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berharap, penubuhan Kursi tersebut akan meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di negara tersebut.

“Bahasa Melayu mempunyai kira-kira 300 juta penutur di rantau Asia Tenggara. Di Thailand juga tidak asing, majoriti penduduk di selatan Thailand boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

“Saya berharap usaha ini akan merealisasikan hasrat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk bertajuk Pendigitalan Keluarga Dunia untuk Keamanan Sejagat, di kolej tersebut hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan