27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

SPRM nafi kenyataan siasat KPPA

Mesti Baca

TIADA kenyataan media dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed, mengenai isu rasuah.

SPRM berkata, kenyataan yang tular dalam media sosial itu adalah palsu dan bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

“SPRM menafikan ada mengeluarkan kenyataan media berhubung siasatan rasuah membabitkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, bertarikh 23 Ogos 2023 seperti yang ditularkan menerusi media sosial.

“Tindakan mengeluarkan kenyataan itu ternyata berniat jahat serta mengelirukan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

Advertisements

Semalam, kenyataan palsu itu tular di media sosial kononnya mendakwa SPRM menyiasat Zulkapli ketika beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, berhubung projek pembelian bernilai RM300,000 membabitkan perbadanan berkenaan.

Ini adalah kali ketiga dakwaan palsu membabitkan nama Zulkapli dengan siasatan salah guna kuasa dan rasuah.

Kali pertama adalah pada 6 April lalu yang mana Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Zulkapli disiasat SPRM berhubung kes salah guna kuasa.

Ia susulan kenyataan palsu kononnya dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri bahawa Mohd Zuki dan Zulkapli sedang disiasat suruhanjaya itu.

Kali kedua ialah pada 26 Julai lalu apabila Jabatan Perdana Menteri menafikan dakwaan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada mengeluarkan kenyataan bahawa Zulkapli sedang disiasat. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan