29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Nabila Huda tak kenal Nad Zainal, akui akaun disekat

Mesti Baca

HUBUNGAN dingin dua pelakon wanita, Nabila Huda dan Nad Zainal semakin ketara apabila kenyataan Nabila menimbulkan pelbagai persoalan.

Tindakan Nabila yang mempersoalkan “siapa” Nad pada ruangan komen portal hiburan dan temu ramah yang tersebar di media sosial mencetuskan tanda tanya apakah sebenarnya yang berlaku.

“Dia pelakon ke? Saya tidak pernah kenal dia.

“Mungkin saya pelupa sebab pernah dijangkiti Covid-19 sebanyak dua kali tetapi yang pasti, memang tidak kenal dan tidak tahu siapa dia,” katanya.

Dalam temu bual itu Nabila turut menunjukkan dirinya telah disekat (block) oleh Nad di Instagram.

“Kalau saya kawan dia, dalam Instagram pasti ada. Saya kena block padahal tidak kenal pun.

Advertisements

“Sama seperti kes Masya Masyitah memang saya jujur tak kenal dan sama juga dengan isu ini. Maaf sangat betul-betul tak tahu mengenai dia,” katanya.

Sebelum itu, media sempat menemu bual Nad dan mengakui enggan mengambil kisah dan mengusutkan pemikiran dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.

Kerana baginya kini adalah fokus terhadap keluarga serta anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Ramai mengetahui Nad dan Nabila adalah kawan baik dan pernah bercuti bersama-sama. Malah Nabila adalah antara kawan yang turut bersama membantu ketika Nad sedang koma.

Isu bermasam muka antara mereka mula bertebaran selepas Nad pulih daripada koma akibat pendarahan dalam paru-paru sebelum mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pelakon, Ungku Ismail Aziz Januari lalu.

Bukan Sahaja Nabila, beberapa rakan pelakon lain turut terkena tempias antaranya Sherry Alhadad, Marsha Milan dan Sharifah Sakinah. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan