26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Johor Plantations bekal biometana kepada Gas Malaysia

Mesti Baca

GAS Malaysia Bhd melalui anak syarikatnya, Gas Malaysia Virtual Pipeline Sdn Bhd (GMVP) menjalin kerjasama dengan Johor Plantations Bhd (Johor Plantations) bagi perjanjian pembelian biometana.

Perjanjian itu membolehkan GMVP mendapatkan gas biometana daripada Johor Plantations dengan kontrak volum tahunan minimum 250,000 MMBtu ke dalam rangkaian Gas Malaysia Natural Gas Distribution System (NGDS).

Sumber hijau baharu itu akan diperoleh melalui operasi komersil kilang biometana Johor Plantations di Sedenak, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, membentuk perkongsian strategik dengan organisasi yang berfikiran sama adalah penting untuk pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Johor Plantations. Kumpulan yakin ini adalah usaha ke arah masa depan tenaga boleh diperbaharui sejajar dengan pelan kemampanan perniagaan yang dibangunkan untuk menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

“Pelan kemampanan perniagaan Gas Malaysia direka bentuk untuk menjadi holistik dan berdasarkan empat tunjang yang merangkumi memajukan kelestarian alam sekitar, pengukuhan penyampaian perniagaan, memupuk organisasi berpaksikan rakyat serta mempertingkatkan tadbir urus dan ketelusan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas majlis pertukaran perjanjian sempena Asia Pacific Climate Week 2023 (APCW 2023) di Johor Bahru.

Advertisements

Majlis disaksikan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Turut hadir Pengarah Urusan Johor Plantations, Mohd Faris Adli Shukrey.

Ahmad Hashimi berkata, sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, Gas Malaysia sentiasa memberi penekanan yang ketara terhadap pembangunan mampan.

Beliau berkata, kumpulan juga sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam mengukuhkan peranannya sebagai penyedia penyelesaian tenaga.

“Selaras dengan aspirasi, kumpulan komited untuk menyepadukan inisiatif kemampanan ke dalam operasi perniagaan dan berhasrat untuk menjadi penyumbang utama dalam memajukan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan cekap.

“Fokus utama kami ialah untuk memainkan peranan substantif dalam menyokong inisiatif kerajaan menangani perubahan iklim,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan