33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Kuala Lumpur rekod peratusan pengisian katil ICU tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR merekodkan peratusan pengisian katil kes kritikal (ICU) melebihi 50 peratus tertinggi dengan 73 peratus dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, tujuh negeri lain yang turut merekodkan peratusan pengisian katil ICU lebihi 50 peratus adalah Putrajaya dengan 67 peratus.

“Diikuti, Perlis (64 peratus), Kelantan (63 peratus), Selangor (57 peratus), Pulau Pinang dan Sarawak (55 peratus) dan Johor (53 peratus).

“Hanya 185 kes atau 0.76 peratus daripada 24,241 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga hingga lima.

“Baki 24,056 kes pula terdiri daripada kategori satu dan dua, sekali gus menjadikan kumulatif kes COVID-19 dalam negara sebanyak 3,951,678,” katanya menerusi kenyataan media hari ini

Beliau berkata, manakala sebanyak 26,615 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan kes sembuh kumulatif sebanyak 3,623,068.

“Daripada 185 kes kategori tiga hingga lima, 60 kes melibatkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, 71 kes telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 54 kes telah menerima dos penggalak,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,665 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam, dengan 679 kes atau 40.8 peratus melibatkan kategori tiga hingga lima, manakala 986 kes atau 59.2 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.

Katanya, sebanyak 383 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 222 kes memerlukan alat bantuan pernafasan, sekali gus menjadikan peratusan penggunaan ventilator menurun kepada 25 peratus.

Dalam pada itu, katanya, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 negara kini ialah 0.92 dan negeri yang mencatat Rt tertinggi ialah Sarawak dengan 1.10.

“Negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Kuala Lumpur (1.04), Terengganu (1.03) serta Negeri Sembilan dan Perak (1.02),” katanya. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: Ambil tindakan tegas – Tunku Ismail

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim hari ini menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas berhubung isu penjualan stoking...

Lagi Artikel Berkaitan