31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

14 lelaki ditahan, tunjuk aksi berbahaya di lebuh raya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seramai 14 lelaki yang dipercayai menyertai lumba haram dengan menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dalam beberapa serbuan malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, dalam operasi pukul 12.10 tengah malam itu, kumpulan penunggang motosikal berkenaan melakukan pelbagai aksi.

Menurut beliau, antaranya menunggang motosikal laju untuk bersaing sesama sendiri,menunggang dengan gaya meniarap atas motosikal dan aksi zig-zag.

Katanya, semua aksi-aksi tersebut bermula dari Kilometer (KM) 262 sehingga KM267 Lebuh Raya Utara Selatan arah Kuala Lumpur.

Menurut beliau, polis kemudian bertindak menahan empat lelaki di pekarangan stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.

“Tiga lagi lelaki di hadapan sebuah rumah di Batu 13, Kampung Simpang Balak, Kajang pukul 12.45 tengah malam selepas mereka turut melakukan aksi sama di KM16 hingga KM14 di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) arah Kajang.

“Tujuh lagi lelaki ditahan pukul 1 pagi di pekarangan stesen minyak selepas melakukan aksi sama dari KM276 hingga KM282 Lebuh Raya Plus,” katanya di Kuala Lumpur hari ini, lapor Utusan,

Kata Mohd Nadzri, mereka yang ditahan itu terdiri 13 lelaki dan seorang lelaki berketurunan Indonesia semuanya berusia 19 hingga 23 tahun.

Tambah beliau, dalam operasi tersebut, sebanyak 41 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan trafik manakala bagi 14 yang ditahan mereka disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan