32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Negara Arab masih berdagang dengan Israel memalukan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu menyelar tindakan kebanyakan negara Arab di Asia Barat yang kekal meneruskan hubungan diplomatik dan aktif berdagang dengan Israel. 

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, hanya beberapa negara sahaja yang berani mengkritik secara lantang seperti Iraq, Lebanon, Syria dan Algeria.

Selebihnya kata beliau, seolah-olah langsung tidak mempunyai perasaan terhadap ribuan penduduk Palestin yang tidak bersenjata dibunuh dengan kejam oleh rejim Israel yang sudah lebih sebulan. 

“Rakyat Gaza hanya bergantung kepada tiga kumpulan tanpa negara iaitu Hamas, Jihad dan Hizbullah yang berjuang menentang kekejaman Israel dengan hanya dibantu negara miskin seperti Syria, Yemen dan Iran.

“Manakala negara-negara Arab dan negara Islam sekitar hanya membisu dan kekal menjalankan perniagaan dengan Israel. Ini sangat memalukan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Lebih 11,000 penduduk Gaza terbunuh yang mana lebih 6,000 daripada mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dalam konflik Israel-Palestin yang telah berlarutan lebih sebulan.

Advertisements

Masyarakat antarabangsa menzahirkan demonstrasi besar-besaran termasuk di New York, London, Brussels, Madrid dan Dublin.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, negara-negara Arab dan Islam di rantau tersebut masih mengekalkan hubungan diplomatik dan membekalkan minyak, gas serta bekalan makanan setiap hari kepada rejim Israel.

“Inilah nasib malang menimpa umat Islam hari ini kerana mereka sendiri tidak diasuh untuk memahami hak asasi manusia, hak kanak-kanak dan wanita. 

“Walaupun kita tidak bersetuju dengan beberapa perkara terhadap negara Barat, tetapi rakyat mereka memahami hak asasi manusia, hak kanak-kanak dan wanita selari dengan undang-undang antarabangsa.

“Tetapi Israel melanggar kesemua tatacara peperangan dalam undang-undang antarabangsa dan hal ini menjadi fokus kritikan sebahagian besar negara dan masyarakat di Eropah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan