26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

978 mohon semakan hukuman mati, pemenjaraan sepanjang hayat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 978 permohonan telah diterima melibatkan 861 permohonan bagi semakan hukuman mati dan 117 permohonan semakan pemenjaraan sepanjang hayat sehingga 9 November lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, secara keseluruhan, seramai 1,020 banduan layak mengemukakan permohonan mereka.

“Mengikut peruntukan Akta 847 kesemua permohonan perlu dikemukakan kepada mahkamah dalam tempoh masa 90 hari dari tarikh kuatkuasa akta ini.

“Pelaksanaan pengendalian prosiding mahkamah ini telah mengambil kira pelbagai faktor mengikut keutamaan termasuk umur, tahap kesihatan dan tempoh pemenjaraan banduan serta pertimbangan lain yang mendesak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azalina berkata, seramai tujuh banduan hukuman mati bagi kesalahan 39B pengedaran dadah berbahaya dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 telah melalui semakan Hukuman Mati di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847].

Advertisements

Selain itu, seramai empat banduan telah melalui semakan bagi hukuman pemenjaraan sepanjang hayat dengan kedua-dua penyemakan dilaksanakan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

“Hari ini merupakan hari bersejarah bagi negara kita kerana permohonan-permohonan bagi Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) telah didengar di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

“Hal ini membuktikan bahawa prinsip restorative justice dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia adalah sentiasa terpelihara. Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan dalam mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia sejagat.

Pada masa sama tegas Azalina, pengenaan hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan jenayah masih kekal dalam sistem pentadbiran jenayah di negara ini.

“Namun, pengenaan hukuman mati bukan lagi mandatori seperti sebelum ini dan pindaan undang-undang telah pun memberi pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara masing-masing dalam mengenakan hukuman yang sewajarnya seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang berkenaan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan