26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

50,000 pelancong antarabangsa bakal meriahkan Langkawi

Mesti Baca

LANGKAWI bakal menerima kehadiran 50,000 pelancong asing apabila 32 kapal persiaran mewah bakal berlabuh di pulau tersebut bermula semalam sehingga awal Mei tahun hadapan.

Dalam tempoh itu, setiap kapal persiaran mewah yang belayar dari perairan antarabangsa itu bersedia menurunkan di antara 1,500 dan 2,000 pelancong pelbagai negara, khususnya benua Amerika dan Eropah.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dalam satu kenyataan, berkata 14 kapal persiaran mewah bakal membawa masuk 22,000 pelancong asing ke pulau pelancongan itu bermula semalam hingga akhir Disember ini.

“Selebihnya, seramai 28,000 pelancong antarabangsa lagi bakal masuk ke pulau ini menerusi sekurang-kurangnya 18 kapal persiaran mewah sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun hadapan.

Advertisements

“Perkembangan itu memberi petanda positif dan industri pelancongan tempatan diyakini bakal menapak lebih laju untuk kembali pulih dari keadaan sukar ketika ini menjelang suku kedua tahun hadapan,” katanya.

Kenyataan itu berkata, sebagai permulaan kapal persiaran mewah Norwegian Jewel dari Norway menurunkan 2,840 penumpang dan kru sejurus berlabuh di Langkawi Cruise Terminal (LTC) di Tanjung Malai.

“Ketibaan mereka pada jam 11 pagi disambut meriah dengan perarakan sireh junjung dan paluan gendang peribumi anjuran Bahagian Pelancongan LADA dengan kerjasama Resort World Langkawi (RWL) dan TCL.

“Pada masa sama, RWL selaku tuan rumah menganjurkan Festival Kraf dan Makanan selama sehari bertujuan memberi peluang pelancong antarabangsa berkenaan dan penduduk menikmati keenakan makanan tempatan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Belum mula kita dah layak ke ‘final’

GELANGGANG separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF baru dibuka petang ini namun Malaysia sudah pun layak ke pentas akhir...

Lagi Artikel Berkaitan