29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

UEL: Liverpool, West Ham menang, Brighton tersungkur

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LIVERPOOL bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan kelab Austria, LASK, 3-1 dalam aksi Kumpulan E, Liga Europa (UEL), di Stadium Raiffesen, Linz, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp ketinggalan di separuh masa pertama apabila Florian Flekker meledak gol pertama tuan rumah pada minit ke-14.

Namun, The Reds bangkit menyamakan kedudukan di babak kedua menerusi jaringan penalti Darwin Nunez pada minit ke-56.

Penyerang kebangsaan Colombia, Luis Diaz meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-63 sebelum penyerang lagenda, Mohamed Salah melengkapkan kemenangan menerusi jaringan lewat pada minit ke-88.

Sementara itu, West Ham United turut memulakan kempen UEL dengan nota kemenangan apabila mengenepikan cabaran kelab Serbia, Backa Topola, 3-1, di Stadium London.

Advertisements

Pelawat mencetak gol pendahuluan pada minit ke-47 sebelum West Ham bangkit menjaringkan tiga gol dalam tempoh 16 minit, masing-masing menerusi jaringan sendiri Nemanja Ptrovic pada mini ke-66, Mohammed Kudu (70′) dan Tomas Soucek (82′).

Sementara itu, satu lagi wakil Inggeris, Brighton Albion tewas mengejut kepada kelab Greece, AEK Athens di Stadium Ammex, awal pagi tadi.

Djibril Sidibe meletakkan AEK di depan seawal minit ke-11 namun disamakan penyerang berasal dari Brazil, Joao Pedro menerusi sepakan penalti pada minit ke-30.

Mijat Gacinovic menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-40 namun Pedro menyamakan kedudukan buat The Seagulls, sekali lagi menerusi sepakan penalti.

Ezequiel Ponce memastikan tiga mata penuh milik mereka apabila mencetak gol ketiga pada minit ke-84, hasil serangan balas. – Edisi9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan