25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

23 individu ditahan tipu tawaran kerja

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SINDIKET ‘calling centre’ yang beroperasi di premis kediaman tumpas apabila seramai 23 individu ditahan dalam serbuan ke atas dua premis terbabit di Persiaran KLCC, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, sindiket itu yang beroperasi selama hampir sebulan menyasarkan mangsa di luar negara dengan tawaran komisen yang tinggi.

Menurutnya, kesemua suspek diberkas menerusi serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

“Seramai 23 individu melibatkan 12 lelaki warga tempatan serta sembilan lelaki dan dua wanita warga asing berusia dalam lingkungan 18 hingga 52 tahun.

Antara 23 individu ditahan dalam serbuan ke atas dua premis kediaman yang dijadikan pusat panggilan penipuan kerja dalam talian di Persiaran KLCC.

“Polis turut merampas sebanyak 31 telefon bimbit, 14 unit CPU, 14 unit monitor, 10 unit papan kekunci, 10 unit tetikus serta sebuah komputer riba, router, modem dan sekeping kad akses,”katanya dalam kenyataan malam tadi.

Noor Delhan berkata, semakan lanjut pihaknya mendapati dua individu mempunyai rekod jenayah lampau.

“Berikutan itu, kesemua suspek direman selama empat hari mulai hari ini hingga 24 September dan kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,”katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan