25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Isu beras tempatan: Akmal bidas Presiden CASSA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr Jacob George, kononnya cadangan pembelian beras tempatan dihadkan hanya kepada rakyat Malaysia, tidak masuk akal.

Dr Muhamad Akmal secara sinis turut mempersoalkan kembali ke atas Dr Jacob yang berkata isu tersebut (had kepada rakyat Malaysia) tidak berperikemanusiaan.

“Langkah tidak berperikemanusiaan katanya? Lagi tak perikemanusiaan bila rakyat Malaysia hanya mampu tengok warga asing beli beras tempatan disubsidi oleh kerajaan.

“Bila beras dah cukup dan ada lebihan, bagilah siapa nak beli, ini isu beras tempatan tak cukup ya Datuk,”katanya menerusi kenyataan di Facebook semalam.

Dalam masa sama, beliau turut menyarankan Dr Jacob agar turun ke lapangan dan melihat sendiri situasi dihadapi rakyat.

Advertisements

“Mohon Datuk ni pergi turun ke bawah dan lihat sendiri, bukan hanya duduk kat rumah sambil makan beras import,”katanya.

Dr Muhamad Akmal Saleh berkata demikian susulan kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr Jacob George, berkenaan krisis bekalan beras tempatan.

Sebelum ini, beliau menyuarakan pandangan supaya pembelian beras tempatan dihadkan hanya kepada rakyat Malaysia

Kelmarin Jacob seperti dilapor Berita Harian berkata, cadangan itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan kepada warga asing yang menetap di Malaysia, malah tindakan jangka pendek yang hanya menyusahkan kerajaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan