29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Taktik ‘parkir bas’ Mourinho bawa Roma ke final

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JOSE Mourinho membuktikan dia masih ‘yang teristimewa’ apabila membawa AS Roma ke final Liga Europa (UEL) selepas menewaskan Bayer Leverkusen 1-0 secara agregat di Bay Arena awal pagi tadi.

Lebih membanggakan, itu merupakan final kedua dalam tempoh dua tahun Roma di kejohanan Eropah selepas memenangi Liga Konferensi Europa musim lalu.

Untuk rekod, ini merupakan penampilan final keenam Mourinho dalam kejohanan Eropah selepas memenangi trofi Liga Juara Juara (UCL) bersama FC Porto pada 2004 dan Inter Milan (2010), Piala UEFA – FC Porto (2003), Liga – Manchester United. – Liga Europa (2017) dan terbaharu, Roma.

Dalam aksi di Jerman awal pagi tadi, Leverkusen yang dibimbing bekas pemain Liverpool dan Real Madrid, Xabi Alonso melakukan 23 percubaan dengan enam daripadanya tepat ke arah gol.

Advertisements

Tuan rumah juga mendominasi perlawanan menerusi 72 peratus penguasaan bola namun pelawat kekal berdisiplin ‘parkir bas’ di kawasan sendiri untuk mengekalkan kelebihan satu gol yang diperoleh ketika di Rom minggu lalu.

Taktikal yang diamalkan Mourinho itu membawa kejayaan apabila Leverkusen gagal mencetak sebarang gol sementara Roma hanya melakukan satu percubaan sepanjang 90 minit perlawanan.

Pada aksi separuh akhir pertama minggu lalu, jaringan tunggal pemain muda, Edoardo Bove pada minit ke-63 menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.

Pada aksi di final, Roma akan berdepan cabaran ‘pakar UEL’, Sevilla yang merupakan pemenang terbanyak UEL dengan enam kejuaraan di Budapest, Hungary pada 31 Mei ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan