31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

FA Inggeris siasat 3 perlawanan libat perjudian Paqueta

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Bola Sepak (FA) Inggeris melakukan siasatan terperinci berhubung tindakan meragukan pemain West Ham, Lucas Paqueta berhubung perjudian bola sepak dalam tiga perlawanan kelab timur London itu.

Ini termasuk satu perlawanan musim ini ketika seri 1-1 menentang Bournemouth di Stadium Vitality pada 12 Ogos lalu.

Mail Sport melaporkan, difahamkan siasatan yang dilakukan sejak lima bulan lalu itu meletus susulan pertaruhan Paqueta dilayangkan kad kuning pada aksi menentang The Cherries itu.

Paqueta dilayangkan tiga kad kuning dalam tiga perlawanan yang disiasat dan itu telah menyebabkan perpindahannya ke Manchester City tidak menjadi kenyataan.

Kad kuning pertama yang kini diteliti FA Inggeris adalah ketika keputusan seri 1-1 menentang Aston Villa pada 11 Mac lalu yang mana Paqueta melakukan terjahan lewat ke atas John McGinn.

Perlawanan kedua adalah ketika dia melakukan kesalahan ke atas pemain Leeds United, Crysencio Summerville pada 21 Mei lalu.

Advertisements

Dan terbaharu, layangan kad diterima Paqueta di Bournemouth kerana menyiku Illia Zabarnyi.

Pemain kebangsaan Brazil itu turut dilayangkan kad kuning ketika menewaskan Chelsea, Ahad lalu namun itu berada di luar siasatan yang dijalankan.

Pertaruhan bagi perlawanan menentang Bournemouth dilapor dikesan menerusi akaun yang berdaftar di Pulau Paqueta, Rio de Janeiro, Brazil.

Menurut sumber Mail Sport, siasatan bermula susulan kebanyakan pengendali perjudian di Brazil menerima banyak pertaruhan untuk Paqueta dilayangkan kad kuning ketika menentang Villa.

Sementara itu, difahamkan Paqueta menafikan sebarang penglibatan dan melihat tiada sebarang keperluan untuknya menjawab persoalan tersebut.

West Ham juga enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut dengan Paqueta masih diturunkan beraksi untuk The Hammers. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan