31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

198 individu ditahan terlibat aktiviti judi haram

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 198 individu yang dipercayai terbabit dengan aktiviti perjudian dalam talian haram ditahan menerusi Op Dadu Khas yang dilaksanakan dalam tempoh seminggu bermula 22 September lalu hingga semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menjalankan serbuan terhadap 171 premis seluruh negeri dalam tempoh itu.

“Daripada jumlah suspek yang ditahan sepanjang operasi itu, seramai 174 adalah warga tempatan dan 24 warga asing.

“Pecahan jantina melibatkan seramai 150 lelaki warga tempatan, 12 lelaki warga asing, 24 wanita warga tempatan dan 12 wanita warga asing yang kesemua suspek yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 66 tahun.

“Dalam tempoh itu juga, kita turut merampas 208 unit telefon bimbit pelbagai jenama 76 mesin pencetak mudah alih dan wang tunai berjumlah RM39,123,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Kamarul Zaman berkata, semua premis yang diserbu itu kini dalam proses pembatalan lesen dan pemotongan bekalan elektrik.

“Kita sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengambil tindakan berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 4(A)(a) dan 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Pada masa sama, beliau berkata, operasi itu bertujuan membanteras kegiatan judi haram selain meningkatkan keyakinan kepada masyarakat dengan usaha-usaha diambil polis dalam membanteras gejala berkenaan.

“Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan seumpama itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Polis Johor menerusi talian 07-2212999 atau 07-225 4677,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan