30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Op Limau: 120 ditahan judi haram, nilai rampasan RM92,481

Polis akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan berlandaskan undang-undang sedia ada dalam usaha menangani aktiviti perjudian.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 120 individu ditahan polis kerana disyaki terlibat judi haram di seluruh negara dengan rampasan wang tunai berjumlah RM92,481 dalam Op Limau sempena Tahun Baharu Cina.

Kesemua mereka yang terdiri daripada 115 lelaki dan lima wanita itu ditahan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Kontinjen dan Daerah dalam operasi yang dijalankan antara 15 hingga 19 Januari.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, dalam tempoh itu, sebanyak 20 serbuan dilaksanakan.

“Selain 120 individu ditahan, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM92,481.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 7 (2) akta sama,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Noorsiah berkata, tumpuan utama operasi bagi membanteras aktiviti perjudian yang ditumpukan kepada judi dalam bangunan serta judi tempat terbuka dalam bangunan serta judi tempat terbuka yang tertakluk dalam jadual pertama dan kedua mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan berlandaskan undang-undang sedia ada dalam usaha menangani aktiviti perjudian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perjudian boleh salurkan maklumat melalui hotline WhatsApp Op Limau di talian 016-5773477,” katanya.

Op Limau berlangsung selama 15 hari bermula 15 hingga 29 Januari depan. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan