24.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 31, 2023

MSU Pas sokong tindakan Kedah henti lesen judi, had jualan arak

Mesti Baca

MAJLIS Syura Ulamak (MSU) Pas menyokong tindakan kerajaan Kedah yang menghentikan kelulusan lesen premis judi dan mengehadkan penjualan arak kepada bukan Islam di negeri itu.

Dalam kenyataan, MSU Pas berkata, langkah diambil kerajaan pimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor itu selaras dengan fiqah yang menyebut “sesuatu yang tidak dilaksanakan semua tidak ditinggalkan sebahagian besar daripadanya.”

Katanya, ia juga sebagai salah satu usaha baik bagi menghalang kemudaratan harta dan sosial daripada berlaku terhadap rakkyat.

“Malah MSU menyeru rakyat dan kerajaan tidak lagi menjadikan judi sebagai sumber pendapatan dan ekonomi bagi mengekang dan memerangi ‘ekonomi gelap’,” kata kenyataan itu hari ini.

Pada masa yang sama, MSU turut menyokong keputusan Mesyuarat Khas Exco Kerajaan Negeri yang turut mengehadkan penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam khususnya di kawasan yang tiada permintaan ke atas minuman keras.

Baca juga:   KPLB nilai potensi kampung penuhi kriteria “Kampung Sejahtera’

Katanya, hal ini keranafakta menunjukkan bahawa arak menjadi salah satu punca kemalangan maut akibat pemandu mabuk serta memberi implikasi kehilangan nyawa dan kecederaan bukan sahaja kepada mangsa bahkan keluarga selain kepentingan awam.

“Tiada mana-mana agama di dunia ini yang membenarkan penganutnya berjudi. Islam pula melarang keras umatnya terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan arak dan judi,” kata MSU.

Majlis itu berkata, pihaknya sentiasa mendorong usaha baik mana-mana pihak bagi melahirkan masyarakat yang lebih aman, makmur dan terhindar daripada segala musibah yang berpunca daripada arak serta judi.

Baca juga:   Remaja 12 tahun bertahan hidup sendirian selama setahun

Semalam, Sanusi berkata, kerajaan Kedah tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis perjudian di negeri itu bagi memastikan Kedah bebas daripada aktiviti tersebut pada masa akan datang.

Beliau berkata, Mesyuarat Khas Exco Kerajaan Negeri minggu lepas, semua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini tidak akan memperbaharui lesen premis perjudian sedia ada.

“Perjudian adalah punca kepada banyak kerosakan dan keruntuhan tamadun khususnya keruntuhan institusi keluarga. Ramai orang yang terlibat dengan perjudian ini akan dibelit hutang dan memporak-perandakan keluarga serta masyarakat kita.

“Kerajaan mengambil tanggungjawab untuk memastikan Kedah bebas judi, (jadi) di bawah bidang kuasa PBT, kita memutuskan untuk tidak lagi memberi sebarang kelulusan lesen premis perjudian,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Usahawan luar bandar disaran kuasai kemahiran digital

Wartawan

Terkini

Wanita dituduh bunuh bekas suami di ladang kelapa sawit

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan