32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

5,143 kes harian hari ini, masih di bawah angka 6,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes harian negara masih di bawah 6,000 dengan 5,143 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 sebanyak 2,551,452 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes harian tersebut, sebanyak 13 kes adalah kes import.

“Ia melibatkan lapan warganegara dan lima bukan warganegara.

“Sementara, penularan tempatan membabitkan sebanyak 5,130 kes [4,923 warganegara (96.0%); 207 bukan warganegara (4.0%).

“Dalam pada itu, terdapat 126 kes (2.4 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5; dan
5,017 kes (97.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 4,551 kes.

“Pertambahan kes sembuh tersebut sekaligus menjadikan jumlah kes kumulatif keseluruhan mencecah 2,455,767 atau, 96.2 peratus.

“Berkaitan kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), sebanyak 526 kes dilaporkan dengan 474 kes disahkan COVID-19 ; 52 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Manakala, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 250 kes (192 kes disahkan COVID-19 ; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,”katanya.

Ujar beliau lagi, sebanyak tiga kluster baharu turut dilaporkan menjadikan kluster aktif kini sebanyak 250 kluster. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan