27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Perniagaan terus maju, Emas Perling sumbang 1,000 kampit beras

Mesti Baca

DIKALA perniagaannya terus maju meskipun ada yang mengeluh, Kedai Emas Perling tidak lupa membantu mereka yang memerlukan.

Prihatin akan mereka yang kurang bernasib baik menjelang Aidilfitri ini, Kedai Emas Perling memberi sumbangan sebanyak 1,000 kampit beras.

Pengasasnya, Nurul Aini Muslim berkata, program Kedai Emas Perling Prihatin ini bertujuan untuk meringankan beban mereka pada masa sukar disamping memperlihatkan komitmen pihaknya dalam memberi kembali kepada masyarakat.

“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyokong komuniti tempatan, terutama bagi mereka yang menghadapi cabaran ekonomi.

“Kami memilih untuk menyumbangkan beras kerana faham akan harganya yang semakin mahal, kempen ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu,” katanya.

Selain beras, juadah bubur lambuk juga turut diberikan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, Nurul Aini meluahkan rasa syukur pada masa keadaan ekonomi semakin membimbangkan, perniagaannya masih utuh dan kekal bertahan.

“Alhamdulillah dengan ilmu yang betul dan pentingnya mengikut perkembangan semasa, jumlah jualan kami semakin meningkat setiap bulan.

Advertisements

“Malah jenama Kedai Emas Perling juga semakin dikenali. Sebab itu kami mahu berkongsi rezeki yang diberi dengan mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Nurul Aini berkata, tahun lalu dia pernah menghadapi krisis kejatuhan dan hampir menutup perniagaan.

Sejak daripada itu, dia akan terus mempraktikkan ilmu baharu supaya perniagaannya terus trending dan kekal bertahan.

“Pada September tahun lalu, jualan mengalami kejatuhan 30 peratus dan saya tidak mampu membayar gaji pekerja. Saya terfikir untuk tutup kedai dan berniaga di tepi jalan sahaja.

“Namun saya bertekad dan cuba ubah strategi perniagaan mengikut arus semasa dan lebih aktif di talian. Sebelum ini kami hanya bergantung kepada kedai fizikal ini menyebabkan jumlah pelanggan agak terhad.

“Saya perkuatkan tulang belakang dengan terbabit dalam semua platform marketing, malah ada team yang menguruskan jualan di atas talian.

“Syukur selepas beberapa bulan, momentum jualan bergerak lancar. Kini kami dalam fasa pergiat untuk menambah sasaran jualan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan