27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Wanita menyamar adik perempuan El Azman kaut RM200,000

Mesti Baca

PENGASAS jenama Elrah Exclusive, Mohd Hilmi Che Azman atau El Azman bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang didakwa memperdaya orang ramai dengan menyamar sebagai adik perempuannya.

El berkata, berikutan penyamarannya itu ramai yang tertipu sehingga sanggup memberikan wang mereka kepadanya.

“Saya dapat tahu perkara ini beberapa hari lalu dan memang terkejut apabila wanita ini dengan beraninya menawarkan orang ramai untuk menjadi model jenama Elrah Exclusive.

“Malah dia juga menawarkan pakej umrah kepada yang berminat di mana umrah itu akan disertai oleh duta-duta Elrah.

“Ramai yang DM (mesej langsung) saya bertanyakan perkara ini. Untuk pengetahuan semua saya tidak ada adik perempuan dan Elrah tidak pernah menawarkan apa-apa pakej seperti yang dikatakan oleh wanita berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Elrah Exclusive bersama rakan media, baru-baru ini. 

Advertisements

El berkata, pihaknya berharap wanita berkenaan segera menghentikan perbuatannya itu dan akan membuat laporan polis serta tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia masih berterusan.

“Ramai yang terpedaya mereka dari kalangan pelajar dan lepasan SPM. Hampir 50 orang menjadi mangsa dan anggaran wang yang sudah ditipunya RM200,000.

“Saya belum sempat bertemu wanita itu kerana selepas dia kantoi di Kota Bharu, Kelantan, dia terus menghilangkan diri.

“Namun begitu, saya berharap tidak ada lagi yang menjadi mangsa dan terpedaya dengan janji manis yang ditawarkan oleh wanita berkenaan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan