31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Perayaan semai semangat perpaduan, PM ucap selamat TBC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERAYAAN-perayaan besar yang ada di negara ini memberikan peluang menyemai semangat perpaduan dan saling kenal antara satu dengan yang lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, elemen kerukunan dan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata dalam membawa negara ini ke depan.

“Mewakili seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina (TBC) 2023 kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam tadi.

Anwar turut memuat naik sebuah video memaparkan kisah seekor arnab putih bernama Miki yang gagah meneruskan perjalanan untuk terus bernafas walaupun penat yang memungkinkan ia untuk menyerah tetapi menunggu untuk sinar harapan.

Video berdurasi 1.14 minit itu turut memberi mesej kepada semua rakyat di Malaysia yang menempuh pelbagai cabaran dan dugaan selama ini yang mencari sinar harapan agar tidak boleh mengalah sebaliknya bangkit dengan semangat perpaduan.

Perdana Menteri dirakam memegang arnab itu sambil berkata “Sebagai satu negara merdeka, sudah matang dan dewasa, wajar kita perkasakan semua rakyat, semua kaum di negara Malaysia tercinta.

“Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina pada 22 dan 23 Jan ini.

Dalam kalendar Cina, terdapat 12 binatang mewakili zodiak pada setiap tahun dan tahun ini merupakan giliran arnab. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan