31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Ops Dadu Khas: 12 individu lagi ditahan terlibat judi dalam talian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan 21 lagi individu dalam Ops Dadu Khas Judi Dalam Talian dan Loteri Awam Tanpa Lesen semasa pemeriksaan di 20 premis di sekitar Bandaraya Johor Baharu, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, kesemua ditahan melibatkan 18 lelaki tempatan dan seorang warga asing serta dua wanita tempatan berusia lingkungan 20 hingga 64 tahun.

“Dalam operasi tersebut, polis turut merampas 20 unit telefon bimbit pelbagai jenama, enam lima pencetak mudah alih dan wang tunai berjumlah RM3,224,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berdasarkan kepada rekod, beliau berkata, dalam operasi bermula 22 September hingga 3 Oktober lalu sebanyak 246 premis telah diperiksa.

“Seramai 277 individu ditahan melibatkan 228 lelaki dan 49 wanita.

Advertisements

“Jumlah berkenaan melibatkan 213 lelaki warga tempatan, 15 lelaki warga asing selain 32 wanita warga tempatan dan 17 wanita warga asing yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 18 hingga 66 tahun.

“Polis turut merampas 288 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 108 lima pencetak mudah alih dan wang tunai berjumlah RM51,574,” katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan telah dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman manakala kesemua premis terbabit dalam proses permohonan pembatalan lesen dan pemotongan bekalan elektrik serta sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Berikutan itu, kes akan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) dan 4B(b) Akta Rumaah Judi Terbuka 1953 kerana menjaga atau mengurus atau membantu tempat perjudian terbuka.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan