24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Radja tidak serik adakan konsert di Malaysia

Mesti Baca

MESKIPUN masih traum dengan insiden ugutan yang diterima Mac tahun ini, kumpulan dari Indonesia, Radja tidak serik untuk mengadakan konsert lagi di sini.

Vokalis Radja, Ian Kasela berkata, kejadian lalu itu dianggap pengalaman serta pengajaran dan mereka sudah memaafkan si pelaku.

Malah sekarang ialah masa untuk memberi fokus terhadap konsert yang akan berlangsung November depan jauh lebih penting berbanding memikirkan rasa trauma atas apa yang berlaku dahulu.

“Sebagai manusia, wajar untuk kami berasa trauma. Namun kami akan tetap positif dan tidak mahu terlalu memikirkan hal itu kerana lebih banyak lagi perkara lagi penting untuk difikirkan.

“Malaysia juga adalah rumah kedua kami. Itu antara sebab untuk kami tidak merasa takut mahu datang ke sini lagi.

“Apa yang berlaku adalah isu dalaman penganjur itu sendiri. Kami mengambil pendekatan untuk lebih berwaspada selepas ini terutamanya daripada segi kontrak dan penganjur,” katanya.

Radja ditemui pada majlis pengumuman Live In Concert: Radja yang turut menampilkan Ella sebagai penyanyi jemputan.

Terdahulu, Radja menerima ancaman bunuh daripada dua individu yang dipercayai wakil penganjur selepas selesai mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru pada 12 Mac lalu.

Difahamkan, situasi cemas itu berlaku berikutan salah faham antara penganjur dan band berkenaan.

Advertisements

Hasil siasatan polis Johor, dua suspek warga tempatan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).

Dalam pada itu, Ian berkata, selepas ini mereka tidak akan berurusan menggunakan orang tengah tetapi akan berhubung terus dengan penganjur sesebuah acara itu sendiri.

“Selepas insiden terbabit, kami cuba mengelak daripada berurusan melalui orang tengah untuk komunikasi yang lebih aktif dan mengikut prosedur yang sepatutnya.

“Malah, pengurusan juga sangat menitik beratkan isu keselamatan serta memastikan komunikasi yang lebih jelas pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai konsert mereka yang akan berlangsung pada 12 November depan, Ian berkata, mereka tidak mengambil masa lama untuk bersetuju dengan tawaran yang diberi.

“Kami cuba ‘move on’. Kami tidak membuat sebarang kesalahan dan semua tugasan telah dilaksanakan mengikut perjanjian.

“Cuma insiden yang berlaku itu tidak boleh diduga dan ia di luar kawalan kami sendiri. Radja juga tetap manusia biasa.

“Dalam ruangan komen sendiri peminat di Malaysia susah tidak sabar untuk hadir ke konsert ini nanti,” katanya.

Selain Ian, Radja yang dianggotai oleh Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) itu bakal menjayakan konsert yang akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Konsert itu dibawakan oleh Orange International Entertainment. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan