27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Sukan Asia: Zii Jia singkir juara dunia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia mencipta kejutan apabila menyingkirkan juara dunia, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand 10-21, 21-19, 21-6 sekali gus menempah slot ke suku akhir Sukan Asia Hangzou 2023.

Kemenangan yang dicatatkan di Gimnasium Binjiang itu menamatkan rekod dua kekalahan berturut-turut pemain rangking ke-16 dunia itu ke atas Vitidsarn.

Menanti Zii Jia di suku akhir adalah pemain perseorangan lelaki India, H.S. Prannoy.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki dan wanita negara turut mara ke peringkat suku akhir esok.

Advertisements

Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mengenepikan saingan beregu Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong dalam straight set, 21-12, 21-14.

Pasangan beregu wanita negara pula, Pearly Tan-M. Thinaah turut mara ke suku akhir selepas menewaskan beregu Thailand, Jomkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai, 21-15, 21-17.

Dalam pada itu, peringkat suku akhir esok juga bakal menyaksikan penampilan pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang turut mara selepas menjinakkan pasangan India, Sai Pratheek K-Tanisha Crasto, 21-18, 21-18. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan