32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Harga petrol, diesel kekal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit bagi RON97, RON95 dan diesel masih kekal bagi tempoh 5 Oktober 2023 hingga 11 Oktober 2023.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan berkata, harga yang ditetapkan ialah RM3.47 seliter bagi RON97, RM2.05 (RON95) dan RM2.05 bagi seliter diesel.

Advertisements

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,”menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan