25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 13, 2024

Beri data spesifik kepada rakyat elak salah faham – Noor Helmy

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI kerajaan digesa mengeluarkan data atau maklumat secara spesifik kepada rakyat berkenaan sesuatu isu atau krisis supaya gambaran yang lebih jelas dapat disampaikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata, ini kerana maklumat yang diterima menteri dari lapangan belum ditentusahkan.

“Rasanya dah sampai masa agensi kerajaan terlibat buat kerja lebih sikit. Keluarkan data-data yang ada.

“Menteri buat pengumunan berdasarkan data yang dia dapat dari kementerian. Kementerian dapat data daripada agensi. Agensi dapat data daripada siasatan di lapangan. Kalau lapangan tidak betul, sampai ke menteri nanti keluarkan kenyataan tidak betul.

Advertisements

“Sebagai contoh, isu minyak masak. Paling cikai pun bagi data input-output. Berapa tan pengilang dapat minyak masak dan berapa bungkus keluar dari pengilang. Jadi boleh kesan di mana ia ghaib. Data itu agensi ada (sepatutnya ada),” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Noor Helmy berkata, sebagai contoh, agensi kerajaan perlu berikan data yang spesifik dengan memilih pasar raya yang besar atau dominan untuk pemantauan.

“Rakyat Malaysia sudah pandailah mengkaji data. Mereka bersuara ini berdasarkan indikator yang ada. Ubah wakil rakyat jadi penganggur pun rakyat boleh.

“Baru boleh sahkan menteri membohong ke cakap betul. Ini asyik salah dia, salah dia. Sampai kiamat pun saling salah menyalahkan,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Antara T15 dan si mahakaya: Siapa hilang kelayakan subsidi?

Oleh DR MUHAMMAD ASHRAF KHALID BARU-BARU ini rancak perbincangan ‘T15-Mahakaya’ sejak ucapan Belanjawan 2025 dibacakan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan