31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Rais bimbang pengecualian visa warga China mudaratkan negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menyatakan kebimbangan mengenai ‘layanan’ yang mungkin diberi kerajaan ke atas pelancong China yang dijangka bakal menikmati pengecualian visa untuk melawat negara ini.

Beliau berkata, langkah untuk mengecualikan beribu-ribu pelawat Tionghua ini boleh memudaratkan negara di bawah layanan sama taraf di sisi undang-undang.

“Kalau layanan permaidani merah untuk pelawat China mungkin tidak mengapa tapi jika diberi status bebas visa itu akan mendatangkan malapetaka pilih kasih dan sekuriti serta tanah air,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, sekiranya perkara itu diluluskan, layanan sama mestilah diberi juga kepada negara-negara lain khasnya dari ASEAN yang sedia mempunyai status pilihan utama dalam piagam kerjasama ASEAN.

“Apakah kriteria yang menyebabkan warga China diberi keutamaan? Bila datang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti tanpa visa akan berlakukah kembali peristiwa “beribu masuk hanya beratus balik” seperti dilapor tahun lalu?

RAIS YATIM

“Apakah kuasa Ketua Pengarah di bawah Akta Imigresen sebagai loket hiasan saja? Implikasi cadangan menteri ini amat luarbiasa beratnya.

Advertisements

“Ini semacam satu rancangan Exodus. Mampukah Imigresen memantau ratusan ribu pendatang tanpa visa hanya semata-mata inginkan ringgit pelancongan? Apakah risiko sampingan dari dasar ini jika dilaksanakan?,” soal beliau.

Berikutan itu Rais mengharapkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mentadbir negara ini dengan berhati-hati.

“Jangan-jangan ada udang di sebaliknya? Nanti ‘padi di kepuk jadi hampa – ular lidi jadi naga”. DSAI penghulu Madani tadbirlah negara ini dengan berhati-hati,”ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, pelancong China dijangka bakal menikmati pengecualian visa untuk melawat negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

Katanya, soal pengecualian visa bagaimanapun hanya dapat dilaksanakan selepas Kementerian Dalam Negeri mendraf laporan berkenaan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

JAIS larang premisnya diguna untuk tujuan politik kepartian

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengingatkan bahawa larangan sebarang kegiatan politik di masjid, surau dan sekolah-sekolah di...

Lagi Artikel Berkaitan