32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Penurapan jalan Lebuh Raya Pasir Gudang siap bulan depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERJA-kerja penurapan dan pembaikan jalan melibatkan Lebuh Raya Pasir Gudang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan bulan depan.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerja pembaikan jalan di sepanjang lebuh raya melibatkan 23 kawasan itu kini berada di fasa yang terakhir.

“Saya turut ambil maklum berkenaan aduan rakyat tentang kesesakan teruk yang berlaku akibat daripada kerja-kerja pembaikan dan penurapan jalan ini.

“Untuk jangka masa pendek, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat garisan jalan sementara bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Sebelum itu, beliau turun padang meninjau kerja-kerja pembaikan dan penurapan jalan di Lebuh Raya Pasir Gudang di Johor Bahru.

Onn Hafiz berkata, bagi laluan dari Johor Bahru ke Pasir Gudang dan dari Pasir Gudang ke Johor Bahru pengguna dicadangkan keluar melalui Jalan Pandan (FT03) dan susur Jalan Rinting, dan melalui Jalan Masai Lama (J10).

Advertisements

Manakala bagi pengguna dari Senai ke Ulu Tiram pula, katanya, boleh keluar melalui susur Bandar Dato Onn, kemudian keluar Adda Height, dan melalui Taman Daya, melalui Mount Austin serta keluar susur Aeon Tebrau.

“Bagi laluan dari Skudai ke Ulu Tiram pula, beliau mencadangkan supaya pengguna keluar susur Angsana Mall, melalui Jalan Tampoi dan keluar Kampung Ubi Baru.

“Saya juga telah meminta pihak JKR dan konsesi meneliti isu ini dan mendapatkan penyelesaian terbaik demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

“Saya meminta agar pengguna untuk bersabar sedikit dalam menghadapi isu kesesakan ini demi keselesaan dan keselamatan kita semua di masa hadapan,” katanya.

Menurut beliau inisiatif dalam menambah baik infrastruktur yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat dan impak positif kepada kualiti kehidupan seharian rakyat negeri ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan