24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lelaki maut, kereta dihempap pokok tumbang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki maut selepas kereta Proton Waja yang dipandunya dihempap pokok tumbang di hadapan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam, mangsa S Karthigesu, 52, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 8.27 malam.

“Jentera bomba sukar ke lokasi kerana tiang elektrik di kawasan itu turut tumbang dan merentangi jalan raya.

Bilik kawalan BBP Aman Jaya kemudian menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta agensi berkaitan untuk meminta bantuan.

“Komander Operasi melaporkan terdapat mangsa lelaki berusia 50-an dipercayai tersepit dalam kenderaan Proton Waja terbabit.

Advertisements

“Mangsa dikeluarkan dari kereta berkenaan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya.

Komander Operasi memaklumkan terdapat lebih 10 pokok di kawasan sekitar kejadian turut tumbang menyebabkan banyak kenderaan rosak.

“Enam kenderaan yang rosak adalah dua buah Proton Waja, Perodua Myvi, Nissan X-Trail dan BMW.

“Anggota Bomba kemudian mengalihkan pokok tumbang yang menghalang jalan raya dengan dibantu agensi berkaitan di lokasi kejadian,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan