29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Dicekup selepas kereta dinaiki rempuh tembok, terbakar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PADAH buat seorang lelaki selepas melakukan jenayah apabila keretanya bukan hanya terbakar, bahkan dia berjaya ditangkap orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Kejadian berlaku apabila kereta dinaiki terbabas dalam cubaan melarikan diri selepas mencuri sebuah telefon pintar milik pekerja di kedai runcit di Pasir Pekan Tengah, Pohon Tanjung dekat Wakaf Bharu, Kelantan, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.09 malam itu, suspek yang berusia 36 tahun diberkas manakala rakannya sempat melarikan diri selepas kereta jenis Proton Saga BLM dinaiki mereka merempuh tembok jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Tan Seng Lee berkata, siasatan mendapati, suspek dipercayai datang ke kedai runcit itu dan berpura-pura hendak membeli ais.

Menurutnya, pekerja premis itu kemudiannya mengambil ais di dalam peti ais sebelum suspek melarikan sebuah telefon pintar miliknya yang berada di atas kaunter pembayaran.

“Orang awam yang menyedari kejadian itu mengejar kereta yang dinaiki suspek sehingga ia terbabas dan merempuh tembok konkrit sebelum terbakar.

Advertisements

“Salah seorang suspek berjaya meloloskan diri dari kereta terbabit manakala rakannya berjaya ditahan. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain polis turut menjumpai sejumlah pil kuda pada badannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seng Lee memberitahu, suspek juga mempunyai 12 rekod lampau berkaitan dadah, curi, pecah rumah dan samun selain merupakan orang yang dikehendaki bersabit dengan kes samun.

Menurutnya, polis sedang memburu seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Amir Kutan dan orang ramai yang mengenali suspek diminta menghubungi segera balai polis berdekatan atau Sarjan Mohd. Hasnizan Ismail di talian 011-3167 13373.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan