25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tarikh akhir kemuka borang cukai taksiran 30 April

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TARIKH akhir bagi mengemukakan Borang Nyata (BN) Cukai Tahun Taksiran 2022 (TT 2022) bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan secara manual pada 30 April, manakala e-Filling pada 15 Mei.

Dalam satu kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan, ia melibatkan individu pemastautin, individu pemastautin (pekerja berpengetahuan dan berkepakaran), individu bukan pemastautin, individu bukan pemastautin (pekerja berpengetahuan), pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu Hindu.

Menurutnya, pembayar cukai disaran mengemukakan BN dan membayar baki cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelak sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan.

“Sebagai panduan berkenaan pengemukaan BN, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail BN bagi tahun 2023 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan LHDN dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

LHDN juga mengingatkan pembayar cukai untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai sekiranya ada.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat ataupun melayari portal rasmi LHDN.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan