29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Lakukan ujian saringan COVID-19 di PPS – titah Agong

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan supaya ujian saringan COVID-19 dilakukan terhadap mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan tiada kluster baharu berlaku.

Memetik laporan Bernama, Seri Paduka bertitah ujian itu membolehkan mereka yang didapati positif COVID-19 diasingkan daripada mangsa lain, selain semua pihak yang berada di PPS perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan memandangkan COVID-19 masih berlaku.

“Ini (ujian saringan) perlu dijadikan keutamaan kerana tak mahu PPS menjadi kluster.

“Sila ambil perhatian pada siapa yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya kerana perkara ini tidak boleh dikompromi,” titah Al-Sultan Abdullah semasa menyantuni 225 mangsa banjir di PPS Wisma Belia di sini hari ini.

Turut berkenan berangkat menyantuni mangsa ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dua anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Baca juga:   Agong zahir wartawan sebagai wira tak didendang

Seri Paduka juga menitahkan pihak terlibat dengan operasi banjir agar tidak leka melaksanakan tanggungjawab membantu mangsa banjir sama ada yang berada di PPS atau tidak.

“Untuk semua terutamanya yang berada di pedalaman, jika harus berpindah ikutlah arahan. Nasihatkan juga anak-anak jangan bermain air supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini,” titah baginda.

Baca juga:   Spritzer sumbang 30,000 botol air mineral kepada mangsa banjir

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan simpati kepada mangsa banjir dan mengajak semua rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan situasi banjir dan cuaca buruk yang berlaku di Malaysia segera berakhir.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Aishah

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh industri automotif negara dan...

Lagi Artikel Berkaitan