28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KKM jangka kes COVID-19 meningkat susulan bencana banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 berikutan bencana banjir yang melanda negara sejak Jumaat lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Noor Hisham Abdullah, ia selepas saringan yang dilakukan sebelum ini di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) merekodkan 181 kes positif.

“Hasil saringan setakat jam 11 pagi hari ini antara lain membabitkan 117 kes positif di Selangor, Pahang (52), Kelantan (enam), Kuala Lumpur (empat),” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, KKM telah mengesan sebanyak 181 kes positif COVID-19 hasil saringan di PPS banjir di enam negeri di Semenanjung.

Menurutnya, kebanyakan kes positif COVID-19 berada dalam kategori 1 dan 2, serta telah dipindahkan ke hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau kemudahan lain termasuk PPS khusus untuk individu yang disahkan positif COVID-19.

“KKM telah menjangkakan peningkatan kes ini berkemungkinan ekoran keadaan pemindahan yang terpaksa dibuat dalam keadaan yang sangat berisiko tinggi.

“Mungkin ada langkah-langkah kesihatan awam yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya. -Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan