26.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 29, 2022

Banjir: 7 meninggal dunia, seorang masih hilang di Selangor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan tujuh maut dalam bencana banjir di negeri ini manakala seorang mangsa masih lagi hilang sejak Sabtu lalu.

Pengarah JBPM Negeri, Norazam Khamis berkata, daripada jumlah itu, tiga mangsa lemas manakala seorang mangsa ditemukan meninggal dunia di ruang atas rumah di Taman Seri Muda, Shah Alam yang terjejas akibat banjir.

Menurutnya, dua lagi kes lemas berlaku di Dengkil, Sepang serta satu kes di Desa Coalfields, Kuala Selangor manakala seorang mangsa dipercayai hilang di Sungai Pinang.

“Bagi kawasan Taman Seri Muda ini, bomba menemukan mangsa pertama pada Sabtu, dua mangsa ditemukan semalam.

“Seorang mangsa ditemukan di rumah hari ini adalah seorang wanita berumur 40 tahun dipercayai warga Indonesia” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Operasi Bencana Bomba Seri Muda, hari ini.

Baca juga:   Syed Saddiq masuk politik untuk 'bersihkan politik'?

Turut hadir, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Datuk Nor Hisham Mohammad.

Selain empat mayat di Taman Seri Muda, katanya, bomba turut menemui dua mangsa dipercayai lemas di Dengkil.

“Ini adalah dua kes berasingan hari ini dan identiti belum dikenal pasti. Seorang mayat pemandu treler ditemui di Desa Coalfields.

“Seorang lelaki dilaporkan hilang di Sungai Pinang, Klang semalam dipercayai terjatuh ke dalam parit,” katanya.

-EDISI9

Terkini

PM doakan Pandelela terus tambah pingat di Budapest

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan meriah pingat gangsa...

Lagi Artikel Berkaitan