25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 29, 2022

Usaha pindahkan penduduk Taman Sri Muda dilipat ganda

'Saya akan terus memantau perkembangan ini dan terus berdoa semoga keadaan kembali pulih seperti sedia kala' - Perdana Menteri

Mesti Baca

Lukman Ismail
Editor Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa usaha menyelamat dan memindahkan penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor sedang giat dilakukan sejak Jumaat lalu.

Malahan menurut Perdana Menteri, usaha tersebut dilipatgandakan dengan mengerahkan segala aset yang ada untuk memindahkan mangsa yang terperangkap dalam banjir yang berlaku sejak Jumaat lalu.

Beliau berkata, pada hari ini sahaja anggota penyelamat menggunakan lebih 41 bot dan 16 buah lori serta aset-aset lain bagi usaha tersebut.

“Saya memahami kebimbangan rakyat terhadap mereka yang masih terkandas dan seperti yang saya tegaskan, usaha menyelamat sedang giat dilipatgandakan.

“Terima kasih kepada anggota-anggota pelbagai agensi yang sehingga kini masih berkerja keras tanpa henti,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Usaha memindahkan penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam giat dilakukan oleh anggota tentera siang dan malam. – Sumber: FB Hishammuddin Hussein

Perdana Menteri berkata, pemindahan lebih 500 mangsa itu melibatkan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat dari balai bomba Shah Alam, Subang Jaya dan Puchong.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediakan makanan bermasak untuk dihantar ke rumah mangsa dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), manakala kerja menyelamat dilaksanakan tanpa henti.

Baca juga:   Kes meningkat, lima lokaliti di Sabah dikenakan PKPD

Ismail Sabri turut berterima kasih kepada para sukarelawan , badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli Keluarga Malaysia yang menghulurkan bantuan termasuk wakil rakyat.

“Saya akan terus memantau perkembangan ini dan terus berdoa semoga keadaan kembali pulih seperti sedia kala,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus dikerah bersama-sama agensi berkaitan dalam operasi banjir.

Baca juga:   11,384 mangsa banjir di enam negeri dipindahkan

Beliau memberikan jaminan bahawa persediaan dan operasi membabitkan ATM akan terus dipertingkatkan secara berperingkat berdasarkan situasi semasa.

Katanya, ini bagi memastikan operasi menyelamatkan mangsa banjir yang turut disertai beberapa agensi lain berjalan lancar.

“Saya beri jaminan, penglibatan ATM tidak akan dikendurkan. Sebaliknya operasi akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” katanya menerusi Facebooknya.

Hishammuddin turut berkongsi gambar-gambar para anggota ATM yang giat membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir di seluruh negara, termasuk di Taman Sri Muda.

Taman Sri Muda merupakan antara kawasan paling teruk terjejas akibat banjir luar dugaan yang melanda negeri ini sehingga ramai yang terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung kediaman masing-masing. – Edisi 9

Terkini

PM doakan Pandelela terus tambah pingat di Budapest

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Pandelela Rinong Pamg atas kejayaan meriah pingat gangsa...

Lagi Artikel Berkaitan