26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Polis tolak permohonan penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menolak permohonan penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia yang dijangka diadakan esok ekoran borang permohonan yang dikemukakan tidak lengkap.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, penganjur tidak mematuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 selepas gagal melengkapkan butiran penting seperti nama dan lokasi penganjuran.

Lebih menghairankan kata beliau, apabila penganjur yang merupakan individu yang pernah terlibat dalam beberapa demonstrasi sebelum ini gagal melengkapkan borang dengan baik.

“Kami tidak boleh kata terima notis pemakluman sebab maklumat diberikan tidak lengkap, maka polis tidak boleh terima.

“Sebelum ini, dikatakan perhimpunan akan dibuat di sekitar sebuah pusat beli-belah di ibu negara, namun maklumat terkini diterima polis menyatakan ia akan dibuat di salah sebuah masjid di Kampung Baru,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari pada Ahad lalu memaklumkan mereka akan menganjurkan himpunan simbolik bermulanya kempen Gerakan Selamatkan Malaysia pada Hari Malaysia yang akan disambut esok.

Mohd. Shuhaily berkata, kegagalan penganjur membuat ketetapan penting terutama lokasi himpunan bakal memberi impak kepada orang ramai khususnya pengguna jalan raya.

“Ini akan sukarkan ramai pihak termasuk pengguna jalan raya, saya amat berharap penganjur bertanggungjawab bantu kami untuk selaraskan penugasan pada Sabtu ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan