25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

Tiga pengadil Malaysia terpilih bertugas di Piala Asia 2023

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SERAMAI tiga pengadil dan dua pegawai dari negara ini terpilih untuk bertugas dalam kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar yang akan bermula 12 Januari hingga 10 Februari tahun hadapan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan, mereka merupakan antara 74 pegawai perlawanan yang dilantik Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi kejohanan empat tahun sekali itu.

“Termasuk dalam senarai tersebut ialah tiga orang pegawai perlawanan dari Malaysia iaitu pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin serta dua penolong pengadil, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd. Arif Shamil Abd Rasid.

“Selain itu, dua lagi pegawai turut dilantik bertugas pada Piala Asia 2023 ialah bekas Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd. Salleh dan C. Ravichandran,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Piala Asia 2023 merupakan edisi ke-16 penganjuran akan diadakan di sembilan lokasi perlawanan di lima bandar utama seperti Al Khor, Lusail, Al Wakrah, Ar Rayyan dan Doha.

Pasukan Harimau Malaya bakal kembali beraksi dalam kejohanan ini dan diundi berada dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.

Menurut FAM, buat julung kali dalam sejarah, kesemua perlawanan di pusingan akhir Piala Asia 2023 akan menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Untuk rekod, sistem VAR mula digunapakai di peringkat suku akhir pada Piala Asia 2019 lalu.

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan