26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Che’gu Bard dibebaskan polis

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEKRETERIAT Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard telah dibebaskan polis pada pukul 2.15 pagi tadi selepas diambil keterangan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menerusi catatan di Facebooknya, pagi ini.

“Alhamdulillah… Che’gu Bard dibebaskan pagi ini pukul 2.15 selepas diambil keterangan. Jalan terus! Selamatkan Malaysia,” katanya.

Che’gu Bard yang merupakan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditahan polis di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, malam tadi.

Advertisements

Penahanan itu dibuat kerana keengganan beliau memberi kerjasama ke atas proses siasatan terhadap enam kertas siasatan yang dibuka sejak Jun lalu.

Antara kes yang disiasat polis adalah berhubung kenyataan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyerahkan Ambalat kepada Indonesia, pendedahan dokumen kerajaan dan beberapa kes berkaitan dakwaan terhadap pemimpin kerajaan.

Kesemua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 203A KK, Seksyen 504 KK, Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan