30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Leka bersembang, wanita tertelan AirPod Pro

Mesti Baca

GARA-GARA leka bersembang dengan rakan, seorang ejen hartanah di Utah, Amerika Syarikat (AS), secara tidak sengaja menelan AirPod Pro milik suaminya yang disangkakan vitamin.

Insider melaporkan Tanna Barker, 52, berkongsi kejadian itu dalam video TikTok miliknya dan ia tular sehingga ditonton 2.1 juta kali.

Barker memberitahu dia memantau keadaan kesihatannya selepas dinasihatkan oleh ahli keluarga yang terbabit dalam bidang perubatan untuk membiarkan objek itu berlalu keluar secara semula jadi.

Barker berkata, kemalangan itu ketika dia sedang berjalan-jalan dan terserempak dengan seorang rakan.

“Sambil asyik berbual dengan kawan, saya mengambil ‘vitamin’ dan terus menelannya. Sesuatu terasa pelik, saya mulanya menganggap pil vitamin yang biasa diambil ‘disatukan dalam bentuk yang aneh’.

Advertisements

“Saya terus meneguk air dengan lebih banyak. Saya dapat merasakan ia turun dengan sangat perlahan,” katanya kepada Insider.

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada rakannya, Barker berkata, dia menyedari pil itu masih berada di tangannya.

Rupa-rupanya, dia secara tidak sengaja menelan AirPod Pro sebelah kiri.

Barker berkata dia pulang ke rumah dan menceritakan apa yang berlaku kepada suaminya dan kemudian mereka mula menghubungi ahli keluarga yang mempunyai karier dalam bidang perubatan.

“Hampir kesemua mereka berpendapat untuk membiarkan AirPod itu keluar dari badan secara semula jadi,” katanya sebelum berkongsi hal itu kepada 4,000 pengikut TikTok. -Agensi

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan